Thursday 31 March 2011

PerangFilem tak sokong Astro First


Kita mulakan post April ni dgn tajuk Astro First. Aku memang tak setuju dgn Astro First ni. Tapi siapalah aku kan?? Aku sebagai cinema goer/movie goer memang la rasa cemburu kalau filem2 tu aku pi tgk kat wayang tapi mereka dpt tgk kat rumah je. Tapi takpe, sbb cerita2 Melayu yang tayang kat Astro First pun bukan jenis yang aku tengok kat wayang pun (kecuali Hantu Kak Limah). Setahu aku yang hadap nak jual kat Astro First ni tayangan Unggul dan MIG je sbb diorg pun banyak keluar filem, so tak kisah. Tapi secara keseluruhannya, aku senaraikan di sini baik dan buruk. Kita tengok mana yang lebih bagi banyak.

Baik :
1. Lebih ramai penonton melayu yg akan menonton filem. Sekaligus merakyatkan filem. (Tapi filem2 ringanlah yang banyaknya). Kalau dah ramai yg menonoton, maka ramai yg tak ketinggalan menonton filem Melayu yang baru. So kalau orang2 bercerita pasal sesuatu filem taklah rasa ketinggalan. Walhal filem2 Malaysia jauh tertinggal di rantau Asia pun.

2. Faedah yg besar adalah jimat masa, tenaga dan duit (tol, minyak, parking). Cuma bayar RM15 je sebagai 'duit tiket'. Terutama pada mereka yang dah berkeluarga, mana ada masa nak pi panggung wayang.

3. Boleh meningkatkan kutipan bagi sesebuah filem. Aku taktau lah berapa yg dikongsikan oleh pihak Astro dan penerbit. Tapi yg penting duit masuk kat poket penerbit filem.

Buruk :

1. Hilang ekslusif sesebuah filem. Biarlah hilang ekslusif masa hari raya yg biasanya akan di tayang lepas setahun. Tapi kalau dah sekurang2nya 2 minggu lepas wajib tayang, seakan takde apa2 nilai 'mahal' filem tersebut. (Tapi kalau Aku Masih Dara, takde nilai mahal derrr). Ada org kata "ermm takpe tungu je kat Astro First....nanti keluar lah tu" Kan nampak murah tu. ye tak?

Tapi ada org memang tak kisah pun pasal eksklusif ni sbb banyak sgt keluar filem yg tah apa2...

2. Kesan paling buruk ialah lanun2 cetak rompak dan Youtube ambil kesempatan menjual CD yg direkod dari Astro First dan ada yang mengUpload ke Youtube. Rugi2...... Bila dah cetak rompak/Youtube ni, rasanya mengganggu jugak kutipan pada no. 3 yang kat atas tadi kan?! Rasanya point ke dua di sini kira mematahkan 'hujah' no 3 diatas. So seri 2 Baik - 2 Buruk.

Kesimpulannya,

Astro First membunuh.

Monday 28 March 2011

10 Filem Terbaik 2010

Rasanya mungkin sudah terlambat untuk buat quick review filem terbaik aku tahun 2010. Tapi takpe, seperti yang dinyatakan dalam entry Festival PerangFilem 2010 (tapi tak ikut susunan), mari kita tengok 10 filem terbaik aku thn lepas daripada 90+ filem yg aku tonton. Sebenarnya susah jugak org mcm aku ni yg takde ilmu filem tapi ini adalah base on my interest. Jom! Jeng..jeng..jeng....

10. TOY STORY 3 - Kisah anak patung dan permainan ini memang tak pernah mengecewakan sejak sirinya yang pertama. Plus, kisah kasih sayang antara pemilik dan anak patung2 disulam dgn rasa sedih, gembira diadun dgn cantik.


9. LOVELY BONES - mengisahkan kehilangan seorang remaja perempuan yang diculik dengan cara mesra dan dibunuh (?) oleh jirannya sendiri. Lakonlayar filem ini amat menarik dan mencemaskan.



8. CASE 39 - Satu-satunya filem seram yg berjaya menarik perhatian aku. Twist pada hujung cerita mmg menawan. Bukan mudah filem seram untuk dapat perhatian sedangkan lambakan filem seram hanyalah kebosanan. Lakonan cemerlang Renee dan pelakon perempuan cilik itu buat korang terpukau.


7. LASKAR PELANGI - Keletah kanak-kanak yang mempersonakan. Tentang pendidikan dan persahabatan yg terjalin antara mereka dalam mengejar cita-cita. Babak mereka menyanyi lagu Seroja amat comel dan ketika itu aku keliru asal manakah lagu itu?


6. EYES WIDE OPEN - Kisah bergenre LGBT dimana dilema seorang bapa beranak 4 yang penuh gelora dan terpendam dgn nafsu. Sila baca ulasan filem ini di entry lepas.


5. AFTERSHOCK - Babak gempa bumi dilihat amat realistik sekali, selain cerita keluarga yang terpisah sekian lama mengundang derita watak2nya sehinggakan berjaya diketemukan semula.


4. THE KIDS ARE ALLRIGHT - satu lagi kisah LGBT dalam senarai top 10. Pergolakan dalam keluarga lesbian memang penuh konflik apabila bapa penderma sperma datang untuk cuba memasuki keluarga lesbian itu. Babak berbincang tentang seks antara pasangan lesbian dan anak remaja lelaki buat aku terkesima setelah si anak mendapat tahu ibu-ibu mereka menonton porn gay!


3. LE GRAND VOYAGE - satu perjalanan yang panjang dari Perancis ke kota Mekah menggunakan kereta untuk menunaikan haji. Permintaan ayah supaya anaknya menghantar ke Mekah bukan calang2 permintaan. Banyak dugaan yg ditempuhi selain merapatkan hubungan antara ayah dan anak. Pengorbanan yg tak ternilai itu 'dibalas' dengan kedukaan.


2. A LOVE TO HIDE - Kisah LGBT yang terbaik antara 3 di top 10 ini, boleh dikatakan menyayat hati. Di mana si adik sanggup mengkhianati abangnya untuk mendapatkan gadis pujaannya. Sedangkan gadis itu suka kepada abgnya yang gay. Tetapi abangnya sudah mempunyai teman lelaki. Akhirnya, si abang menderita.



1. THE FOURTH KIND - kisah misteri di satu kawasan terpencil di Nome, Alaska. Diilhamkan dari kisah benar di mana kejadian kehilangan ramai orang di katakan adalah perbuatan makhluk asing. Dr. Abigail Tyler telah merawat beberapa pesakit yang mengalami kejadian aneh. Tetapi yang peliknya setelah sesi kaunseling/ rawatan dibuat sesuatu yang terjadi kepada pesakit2 berkenaan. Anda akan terpaku dengan adegan2 yang menarik sehingga buat anda melekat khusyuk hingga ke akhir.



Didapati, tema yang berbeza di dalam senarai top 10. Bagaimana agaknya corak untuk 2011 nanti?

Sunday 27 March 2011

Sucker Punch : Cantik Tapi Tak Memikat




Kategori : Aksi/perang - CGI

Jumaat malam yang lalu kawan aku ke Pavillion KL. Mentang2 la office dia dekat area Pavillion! Takpelah. Mcm biasa la tengok wayang tapi taktau nak tgk apa sbb filem2 yg aku nak tengok minggu tu semua dah aku tonton. Aku dgn kwn aku ni mmg tak sama taste filem. Dia tak suka tgk cerita melayu langsung.

Berbalik kpd Sucker Punch tadi dulu semasa trailer filem ni kat panggung sblm cerita bermula, aku dah kata aku tak nak tgk citer mengarut ni. Cerita mengarut bagi aku ada 2, satu yg aku suka dan satu yang aku tak suka. Sucker Puch ni mmg jenis aku tgk trailer tapi tau bukan jenis yg aku suka. Tapi dah takde pilihan lain dan masa sesuai, terpaksalah.

Dan bila aku tengok cerita ni sah! (Mana tau kan org kata tengok dulu baru tau) Terutama semasa minah tu kononnya menari tapi dlm khayalannya pegi berperang. Masa 'menari' ni lah dia berperang dgn kawan2 yg aku rasa CGI dia melampau2. Aku tak nafikan gambar cantik, tapi masa minah tu lawan 3 gergasi cina tu aku dah mula start kata mengarutnya filem ni! Tapi cerita yang NYATA tu OK la jugak tapi masih biasa2 saja. Tapi perempuan2 seksi semasa kelas menari tu mak ooi. Macam bukan kelas menari aku tengok. Hanya POSE jer! Tak kisah la tu. Walau bagaimanapun aku tak pernah tengok konsep cerita macam ni tapi ini bukan type aku.





[3 bintang]

Creepshow : Siri2 Seram Boleh Tahan dan Crap!







Kategori : Seram

Creepshow 1 (1982)

Filem ini sebenarnya mengandungi beberapa cerita seram pendek di dalamnya. Terdapat 5 cerita seram bukan hantu dan hantu yang dipetik kononnya dari sebuah komik Creepshow (taktaulah kalau mmg betul ada). Kisah2 ini mengingatkan aku slot Panggung di Astro Ria tak lama dulu. George A. Romero terlibat dlm pembikinan filem2 ini (Return of the Living Dead.)

Father’s Day – graf aku berada ditahap yg bawah sekali. Nak tau kenapa? Macam cerita murah! Mcm takde mood nak tgk. Solekan hantu aku boleh maafkan lagi sbb aku tau filem ni zaman2 dulu punya, jadi teknik solekannya bole dimaafkan. Ditambah pulak dgn grafik yang ‘ditampal’ (yg aku kira aku pun boleh buat) lagilah Nampak murah. Semua ni buat aku tak fokus sgt jalan cerita. Sampai taksub sangat dgn ‘kecanggihan’ teknik filem ni. Yang aku ingat di akhir cerita bapak perempuan ni yang dah mati, bangkit dari kubur nak tuntut kek Father’s Day yg dia tak pernah dapat dari anaknya seumur hidup! WTF! Tapi undur seram masih ada. 2/5
The Lonesome Death of Jordy Verrill – lokasi di sebuah rumah yang terpencil. Tinggal seorang lelaki bujang. Wataknya kelakar. Ala2 Wahid Satay. Satu malam satu cahaya jatuh berhampiran rumahnya yang usang. Pemuda yang nampak selekeh ni ternampak lalu di tenung2 dan di pegang. Rupanya batu meteor yang sebesar buah kelapa. Misteri bermula bila cecair hijau dari meteor yang melekat di tangan, jatuh di tanah menjadi hijau dan menyuburkan semua tempat yg terkena cecair tu lalu menumbuhkan rumput2 yang  cepat tumbuh. Lama kelamaan semua tempat disitu menjadi hijau termasuklah tubuh badan pemuda tadi. Muzik yg melatari fenomena ini agak seram tapi bukan seram hantu. Aku pun taktau nak ckp istilah apa. Aku rasa pemuda tadi mati. Aku tak ingat. Cerita ni punyai keseraman tersendiri. Penonton di bawa untuk tak rasa takut dgn karekter lelaki ni dlm masa yg sama kejadian rumput cuba mematikan sikap pemuda tadi. 2.5/5

Something to Tide You Over – Seorang lelaki dalam usia 40an nak balas dendam terhadap sepasang kekasih. Diperangkapnya lelaki ni (aku jenis malas nk ingat nama) lalu dia berjaya bawak lelaki ni pergi ke tepi pantai. Dan dgn helahnya dia berjaya menanam lelaki tadi di pasir dgn keadaan berdiri dan tinggal kepala saja tinggal di permukaan pasir. Ditontonkan kpd lelaki tadi rakaman (TV) seorang perempuan dlm keadaan yg sama seperti dirinya ditanam. Dia kenal perempuan itu. Air pasang dan perempuan dlm TV tu meronta2 cuba bernafas dari ombak yang datang dan pergi. Lama-lama mati. Lelaki tadi tau nasibnya akan sama dgn perempuan tadi. Akhirnya mati. Aku dapat rasa feel cerita ni. Hingga tutup2 mata dgn jari (haha penakut…) terutama bila hantu nak datang. Tapi biasanya mmg macam tu bagi cerita2 seram. Tapi bila lembaga hantu dah muncul, seram pun hilang. Ya aku rasa ini kemuncak bagi keseluruhan filem ini. Keseraman mula menular bila hantu kedua2nya menjadi hantu air lalu membalas dendam lelaki 40an tadi. 4/5

The Crate – seorang staff makmal dan dua orang professor disebuah universiti aku labelkan sebagai A dan B. Prof B pula mempunyai seorang isteri yg boleh dikatakan queen control. Hingga dia terbayang2 setiap hari ingin bunuh isterinya itu tapi tak sanggup utk melakukannya. Staff makmal dan Prof. A sudah lama ingin membongkar apakah yg terdapat dlm satu peti kayu yg lama tersimpan di satu sudut gelap di dalam makmal (boleh kata makmal) mengingatkan aku filem Return of The Living Dead (makmal/stor mesti di tingkat bawah kena turun tangga). Satu hari staff makmal dan Prof A bercadang nak buka peti kayu misteri yg sekian lama tersimpan. Apakah dlm peti itu? Hinggakan Prof B mengambil kesempatan untuk menggunakan benda di dalam peti itu untuk membunuh isterinya. Prof B menghasut isterinya masuk perangkapnya dgn cara tersendiri lalu membunuhnya.  4/5
They’re creeping Up On You – Seorang pengkaji di dalam makmal berada seorang diri dlm makmal. Satu demi satu lipas muncul hingga penuh lipas satu makmal. Aku tak suka yang ini. Graf menurun lebih bawah dari cerita pertama.  1/5
Cerita 2, 3 dan 4 boleh dikatakan menarik bagi aku terutama Something to Tide You Over. Satu filem cuba memuatkan 5 cerita aku rasa idea bagus tapi lebih bagus jika semuanya berbaloi utk ditonton. Dapat disimpulkan di sini andai filem ni adalah satu (saja) cerita yang panjang aku dapati, grafnya adalah sama bentuknya seperti kita lukis gunung kan? Begitu juga dgn lima cerita di atas, grafnya juga seperti itu.
Keseluruhan  3.5

Creepshow 2 (1987)
Filem ini menyambung kesinambungan yg pertama.
Chief Wooden Head – Kisah seorang Red Indian (RI) yg mempunyai hutang dgn sepasang suami isteri berkulit putih yang mempunyai kedai hardware (lebih kurang). RI ini tak dapat nak bayar hutangnya, lalu diberikan semacam azimat/tangkal berupa rantai yang merupakan harta berharga kaum Red Indian. Lelaki kulit putih tak dpt terima pada awalnya. Tapi didesak supaya terima. RI akan ambil semula jika dia dpt bayar dlm masa beberapa bulan. Dan jika tidak harta turun temurun itu akan jadi hak milik pasangan suami isteri tersebut. Jadi apa yg seramnya? Sebuah patung merupakan wira Red Indian yang berada di luar kedai suami isteri tadi menjadi hidup dan membalas dendam terhadap pencuri2 yang merompak kedai suami isteri tersebut dgn pergi membunuh mereka satu-persatu. 3/5



The Raft – Dua pasang remaja pergi bercuti dan tiba di sebuah tasik. Tanpa berlengah mereka berenang ke satu rakit yg berada di tengah tasik. Keseronokan mereka bertukar tragedi apabila satu gumpalan minyak bergerak ‘memakan’ mereka satu persatu. Aku dapat merasakan nyawa minyak ini.  Minyak yang berjalan di permukaan air memakan mereka satu persatu. Sehingga aku rasa seorang drpd mereka akan selamat sampai di tebing tetapi rupanya2 ia boleh ‘terbang’ dan menyerkop mamat yg terakhir tu. 4/5





Hit & run – seorang wanita dlm usia 30an terlanggar sorang mamat negro di waktu malam hingga menjadi fobia kpd wanita tu. Kemunculan mamat negro tu muncul di mana2 sehingga berlaku pergelutan di jalan raya, hingga ke hutan. Aku rasa bodoh sgt. Kenapa nak lagi berhenti di tengah2 jalan selepas berjaya lari dari negro yang berlumuran darah tu. Dah langgar pun tapi  masih hidup. Akhirnya sampai di rumah, dan negro tadi menggigit leher wanita tu. Tapi adakah benar dia melanggar mamat negro tu atau hanya khalayan semata? 2/5
Keseluruhan 3/5


Creepshow 3 (2006)
Apa yang aku dapat katakan semakin moden dunia semakin tak best sekuel filem ini.
1.5




Thursday 24 March 2011

...Dalam Botol : Khir Rahman Dalam Perhatian




Kategori : Drama

*Updated
Spoiler alert! Bagi yg belum tengok korang takkan faham apa yg aku tulis (kot).

Dari mula filem ni ingin dibuat oleh Raja Azmi (RA), tajuk yang kontroversi (Botol Dalam Almari > Anu Dalam Botol > ...Dalam Botol), pemilihan pelakon melalui sms (Murai.com), adegan mandi bogel Arja Lee, kelulusan Finas, dan akhir sekali kewangan yg tak mencukupi untuk proses dubbing (kalau tak silap) di studio Finas, persoalannya, adakah semua publisiti terhadap filem ini berbaloi? Adakah menantu lelaki RA (Shadan-Haru Biru) yang menolak tawaran mengarah filem ini pada mulanya lalu diganti dgn Khir Rahman satu pilihan yang tepat?



Perjalanan filem ini perlahan dan filem ini not for everybody. Filem ini tak sesuai bagi mereka yang tak gemar filem2 slow. Ya, ...Dalam Botol ada sentuhan art movie. Jika korang suka filem LGBT yg lain e.g Eyes Wide Open, Lan Yu, Hamam malah Brokeback Mountain korang mesti suka ...Dalam Botol kerana pace yang perlahan. Kalau nak cari yang laju cari saja  Grande Ecole,  Bukak Api atau Frozen Flower.

Tak sangka pulak Khir Rahman boleh buat cerita mcm ni. Ditambah dgn lagu2 dan muzik filem ini yang khusus untuk filem ini yang ku rasa memang kena. Runut bunyi sebegini mengingatkan aku runut bunyi Perempuan, Isteri, dan...

Aku setuju pendapat mengatakan filem ini bukan filem gay murahan. Isunya berat. Aku rasa sbb itu RA berpendapat benda ini diangkat dan dikongsi bersama. tapi kalau untuk berdakwah aku tak pasti kerana filem tak semestinya mendidik. Mungkin panduan Finas/Lembaga Penapisan menginginkan kisah2 begini ada moral dipenghujungnya...begitulah biasanya.

Tindakan Ruby (Arja Lee) memotong anunya sebagai tanda kasih sejati terhadap Ghous (Wan Raja) tetapi tidak diterima oleh Ghous yang kononnya surprise apabila Ruby pulang dari luar negara. Mengapa perkara 'potong' itu tak dibawa berbincang dulu oleh mereka sblm Ruby melakukannya? Bukankah itu anganan Ghous semasa mereka di pantai? Tapi  'kesilapan' inilah yang menolak plot2 cerita hingga ke akhir.


Aku suka shot2 dlm filem ni, Ruby pada awal cerita tergesa2 menahan teksi > sampai dipintu > duduk. Jimat masa.  Aku rasa pernah tengok dlm cerita melayu scene mcm ni. Adakah U-Wei? Yasmin Ahmad? Beberapa adegan lain memang menarik antaranya semasa Ruby pulang dgn baju kurung, dan ibu bapa menolak keras keadaan Ruby masa tu. Babak semasa majlis kahwin memang 'real', babak ibu Ruby selepas mengetahui keadaan sebenar dari Ghous - berjalan dgn air mata dan betapa tiada makna hari perkahwinan itu. Dan babak ibu Dina (Ogy), memeluk dan menangis dua kali Dina (Diana Danielle) sambil mengelap solekannya... duuush. Oh.. satu lagu adegan semasa Ghous memeluk Ruby dari belakang - Ghous mencium leher tapi ianya gelap! Bukankah pintar permainan cahaya di sini?? Gambar di bawah ini pun bukan sekadar gambar. Jika korang pandai tafsirlah sendiri.


Tapi aku perhatikan teknik 'suara dulu' tetapi 'adegan kemudian' di ulang 7-8 kali buatkan aku dah standby awal2 adegan berikutnya. Jika tak korang akan rasa lost kat 'suara dulu' tu... haha. Tapi pada aku cukuplah diulang 3-4 kali je kalau tak bosan kan. Tapi apa nama teknik ni ya?

OKlah, aku sentuh beberapa perkara yang tak best sikit ttg filem ni. Adegan Ruby memujuk rayu/menangis hampir 3-4 kali dan pulak tu dialognya sama je... pasal surprise tu dan ayat Ruby yang diulang2 (pelakon baru kata kan..... tak versatile lah atau Arje Lee terikat dgn skrip?). Si Ruby pulak cuba menangis tapi tak keluar air mata. Ada satu adegan si Ruby kira dah habis menangis dan tangan diangkat ke aras dada tapi di hold terlalu lama - hingga aku rasa mood Ruby dah habis masa tu, tapi kenapa tak cut awal sikit?



Ada penonton persoalkan kenapa dah buat pembedahan jantina di luar negara tapi tak buat pembedahan buah dada sekali? Entah la yerk mungkin tak cukup bajet kot takpun takkan nak buat dua-dua sekali. Buat satu pun sakit kan? haha... Eh jap2, kalau nak bagi dada timbul makan pil je kan? Ntah la aku pun tak tau benda2 ni. Mungkin RM40,000 tu adalah kos pembedahan jantina dan juga beli kereta untuk Ghous tapi bodohnya Ruby ni pi bagi kereta tu atas nama Ghous. Atau pun juga mungkin nak tampung sekali belanja dia duduk oversea selama 2 bulan tu (tak sebut negera mana). Lakonan para pelakonnya memang tak dinafikan bagus. Normah, Ogy Jalil Hamid. Tapi ironiknya filem bertemakan gay tapi pelakon perempuan pula yang excellent. Bagi aku Arja Lee ada kaku sikit di beberapa tempat. Wan Raja OK.


Bagi aku pengakhiran cerita ini adalah tergantung, ke mana selepas Ruby lari dari majlis perkahwinannya? Tapi aku memang akan mengutuk filem ini jika Ghous bawa Ruby lari semasa hari perkahwinannya kerana ini akan sama dengan filem pendek Comolot. Tak pun Ruby drag semasa hari dia kahwin tu. Itu dah lain cerita pulakkan hihi... Bagi korang yg mungkin nak tgk filem gay pertama Malaysia yang dapat tayangan meluas di pawagam pergilah tonton (ehh.. 2 Alam bukan tema gay ke? hahaha.. DAN adakah pondan itu sama dgn gay?). Seperti yg sesetengah orang tahu, Bukak Api adalah filem gay pertama Malaysia tapi tak ditayang meluas. Pada aku term filem LGBT (Lesbian/Gay/Bi/Transgender) adalah term yg sesuai utk mengkategori filem2 genre seperti ini kerana di luar negara mmg dah terkenal dgn festival2 filem LGBT. Tapi harus diingat aku bukan pejuang filem aliran ini kerana dgn menonton aku boleh pelajari gelagat manusia. Apa2 pun Khir Rahman dalam perhatian untuk masuk dalam list pengarah favourite aku. Aku tak boleh tengok satu movie dia je. Esok2 mengarah filem MIG tak ke parah!!


[3.8 bintang]


"Ruby nak kahwin. Dia nak kawin dengan perempuan!!" Kawan Ruby

Tuesday 22 March 2011

World Invasion : Battle Los Angeles Padat Aksi

Kategori : Aksi/Perang (CGI)

Kali ini aku nak review filem 'sekarang' pula iaitu seperti tajuk kat atas ni lah. Pertama kali aku tgk trailer filem ni aku dapat rasakan lebih menarik dari Skyline. Aku memang suka filem bertemakan penaklukan alien seperti War of The World, Skyline, Signs, District 9 etc. Antara sbb nya ialah dulu masa sekolah aku suka baca pasal galaksi2 dan angkasa lepas. Jadi alien ni tak terlepas dari minat aku sama seperti crop circle yang ada di merata dunia. Kan misteri tu.....

Ok ini filem aksi/alien. Aku ada baca review/komen2 cinema goers yang tgk filem ni, nampak balance la pandapat diorg. Ada suka ada tak. Yang tak suka tu alasannya kerana watak tak developlah, watak teremosi lebih la. Ada aku kisah semua tu?! Ini bukan genre drama! Yang penting aku sangat suka filem ini. Dan lagi satu ttg watak teremosi yang mengetuai skuad marin tu, KAN memang ada manusia seperti itu. So? Aksi dan sound dia memang terbaik. Padat dgn aksi. Aku juga suka Skyline dan District 9. Cuma yang tak berapa suka ialah part interview (District 9) dan lakonan yang tak berapa best (Skyline). Yes ada kata ini cuma popcorn movie untuk santai2 dan rilek. Aku puas tengok filem ini.

Okay, cerita ini berkenaan satu skuad marin US cuba menentang alien yang cuba menyerang bumi kerana ingin mencuri air di bumi. Aku tak kisah sangat apa kepentingan alien tu nak curi air. Itu pun ada yang komen kata "buat apa alien nak air tu? mengarut!" Heyy, suka dia lah kan air tu nak buat apa! Yang kita ni konon2nya setuju je alien2 tu ada alasan tertentu untuk ambik air di bumi. Mana kita tau kan. Alien kan banyak misteri sebagaimana kenapa alien buat crop circle. Watak2 orang biasa dlm cerita ni pun memainkan peranan yang baik juga walaupun ia sekadar menambah cerita. Ya aku suka tgk budak2 yg comel hihi...


Tapi jika nak dibandingkan dgn judul2 filem yang aku sebut di atas yang berkongsi satu  genre, filem Battle LA ini hanya utk hiburan semata yang maksimum. Jika dinilai dari segi yang terbaik memang District 9 adalah yang terbaik kerana ia 'banyak isi' sehinggakan ianya dicalonkan untuk filem terbaik Festival PerangFilem 2009 hehehehe....

Sampai sini je aku membebel pasal filem ini. Sesiapa yang suka filem meletup2 filem ini memang sesuai untuk halwa telinga korang. Jangan nafikan!

[4 bintang]

Monday 21 March 2011

Eyes Wide Open : Antara Keluarga dan Jiwa


Kategori : Drama

Kali ni aku nak ulas pasal filem dari Israel pula. Rasanya pertama kali tengok cerita dari Israel Eyes Wide Open atau Einaym Phukot dalam bahasa Israelnya. Walaupun pertama kali tapi ianya bukan sebarang movie. Ianya satu daripada 10 filem terbaik aku tahun 2010 (Festival PerangFilem 2010) dan pelakon utamanya Zohar Shtrauss amat terpikul dgn watak yang berat ini lalu aku nobatkan sbg Pelakon Lelaki Pilihan aku tahun lepas. Malah ianya salah satu filem terbaik LBGT yang pernah aku tonton selain A Love To Hide dan Lan Yu.

Filem bertema gay ini berlaku di komuniti yang ortodoks dan amat patuh dgn agama kirstian yang di anuti. Yahudi kan.. Aaron (Zohar Shtrauss) seorang bapa kepada 4 orang anak menjalankan perniagaan sbg penjual daging. Satu hari datang seorang jejaka Ezri (Ran Danker) yg baru dtg ke daerah itu utk mencari pekerjaan tetapi tidak berjaya untuk menghubungi rakannya utk mendapatkan pertolongan. Lalu Aron menawarkan diri utk bekerja dgnnya di kedainya.



Dari situlah bermula titik tolak pergolakan antara jiwa Aron yg selama ini terpendam. Apatah lagi banyak menghabiskan masa bersama di kedai bersama. Filem ini ada kesamaan dgn Broke Back Mountain dari segi latar si watak utama yang berkeluarga lalu melalui kepayahan dalam menghadapi konflik dlm diri. Apatah lagi si isteri amat percaya akan suami yang bekerja untuk menyara keluarga. Lakonan Zohar yang baik meladeni keperluan watak yang dilema antara keluarga dan cinta/nafsu ditangani dgn bersahaja tidak berlebihan.

Adegan-adegan seks yang padu dlm filem ini memang mengalahkan Broke Back Mountain, tetapi ianya diselitkan dengan berkesan dan patut bukan sengaja diletak sesuka hati. Tapi pasti ada yang mengata bahawa 'pasangan' ini tak sepadan lantaran Aron yang tidak berketerampilan dibandingkan dgn Ezri pemuda 19 tahun yg kacak. Tetapi sudah itu saja pilihan yang ada dalam tempat itukan? hahaha.. Bukan tiada sebenarnya, bekas kekasih Ezri tidak mahu bersama dgnnya lagi kerana faktor sekeliling.



Latar filem yang kelam dan basah melatari hidup Aron yang keruh. Aku gemar adegan di kolam di mana Ezri mandi lalu Aron ikut mandi melambangkan suatu penaklukan. Babak konfrontasi memang menjadi inti kepada filem berat sebegini dan memang favourite aku bila babak pertelingkahan antara 'pasangan' ini. Jadi bagaimana hubungan mereka seterusnya? Adakah isteri Aron mengetahui hubungan mereka? Anda kena tonton sendiri filem ini.


[4 bintang]

Next : World Invasion : Battle Los Angeles

Poltergeist : Bukan Seperti Yang Dijangka

Kategori : Seram

Ini review pertama aku dalam blog yang baru aku buat. Sebenarnya tak berapa pandai nak ulas sesebuah filem. Cuma pandai tengok je :-) Tapi difikir2 jika hanya update saja movie apa yg ditonton rasa tak meriah pulakkan. Dan aku rasa filem2 tertentu saja yg akan aku review (ikut mood dan kefahaman cerita). Ok berbalik pada citer seram Poltergeist ni, actually dah lama dengar pasal filem ni cuma baru2 ni terjumpa DVD ni di kedai pirate yg jual 10 cerita lama dalam 1 DVD. Apa lagi rembatlah!


Sebenarnya dah bosan dgn cerita2 seram zaman skrg ni. Sbb bukannya seram pun,  sound effect je yg lebih terutamanya filem2 dari MIG! So ambik mood retro sikit tgklah filem yg diterbitkan pada 1984 ni. Maka kira2 pukul 11 mlm tgk cerita ni (lepas habis tgk drama kegemaran aku).

Aku takkan menyentuh secara detail pasal filem terbitan Steven Spielberg Prod. ini. Apa yg dapat aku katakan amat menyukai awalan2 cerita ini di mana mood seram dapat dibangkitkan dgn 'raw' tanpa kesan2 CGI yang mendesak ianya berbuat demikian. Hingga aku dapat rasakan filem ini bakal 'mengalahkan' keseraman filem seram terbaru yg aku tonton baru2 ini. Tetapi malangnya keterujaan aku putus di tengah jalan2 gara babak2 CGI mula menular dari setengah perjalanan filem ini hinggalah ke akhir yg membuatkan rasa takut pudar perlahan2. (mak aihh bahasa novel la pulak).




Cerita filem ini mudah dan tak bosan. Di mana satu keluarga mat salleh mula diganggu oleh makhluk2 halus di dalam rumah. Hantu mula mencari mangsa dgn berhubung dgn anak perempuan keluarga ini yg berusia 8 tahun sehinggalah ke semuanya diganggu. Puncanya akan dapat diketahui di akhir filem ini. Aku tak dapat elak rasa lucu pada sesetengah babak antaranya mayat2  tersembul di sekitar rumah. Adakah filem ini akan disenaraipendek bagi kategori filem seram Festival PerangFilem 2011? Kita tunggu saja kerana perjalanan masih jauh untuk ke Disember.

Walau bagaimanapun 'kelemahan' filem ini tidak menghalang utk aku menonton sekuel2nya selepas ini kerana sesetengah manusia suka ditakutkan.


[ 3 bintang ]

Next : Eyes Wide Open

Saturday 19 March 2011

Filem Yang Dinanti

Antara filem yg aku tunggu2 :

Akan Datang
----------
Hanyut
The Priest
Cowboys & Alien
Transformers 3
Bunohan
... Dalam Botol


Filem Lama
---------
Filem2 seram seperti Poltergeist sekuel.

Akan dikemaskini dari semasa ke semasa di entry ini.

Wednesday 16 March 2011

Filem-Filem 2011 Part I

Berikut adalah filem-filem yg ditonton pada tahun ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa (di entry ini) untuk 6 bulan pertama 2011. Part II pula menyusul apabila bulan Jun menjengah nanti. Seperti biasa hujung tahun akan ada festival filem main2 dari aku berdasarkan dari apa yg aku dah tonton sepanjang tahun. hehe....termasuklah kalau aku tengok movie tu kat TV. Bukan apa, daripada tonton gitu2 aje baik aku kumpulkan2/ingat/simpan filem2 terbaik yg aku pernah tonton dalam tahun itu. Inilah penggemar filem sejati!! hehehehe......

*Updated rating.


JANUARI 2011
-----------------
PRAYS FOR BOBBY (DRAMA) -- 3
BLACK SWAN -- (DRAMA) -- 4.5
LA RAFLE (FRANCE) (DRAMA) -- 3
THE NOTEBOOK (DRAMA) -- 3
A SONG OF SPARROW (DRAMA IRAN) -- 3.5
KHURAFAT (SERAM) -- 3.5
RICH KIDS (DRAMA) -- 2.5
TRANSPORTER 2 (AKSI) -- 3.5
13 (DRAMA THAI) -- 3
THE WAY BACK (DRAMA-PENGEMBARAAN) -- 3
127 HOURS (AKSI) -- 3.5
THE KING'S SPEECH (DRAMA) 4
TRUE GRIT (DRAMA ) -- 3.5
SAW 7 (GANAS) -- 3.5
THE FIGHTER (DRAMA) -- 2
NEVER LET ME GO -- 2

FEBRUARI 2011
------------------
IP MAN (AKSI-RAW) --  3.5
BEDTIME STORIES (DRAMA) -- 3.5
RV (DAMA) -- 3
LADDER 49 (AKSI-RAW) -- 2.5
SANCTUM (AKSI-RAW) -- 3.5
SINI ADA HANTU (SERAM) -- 3
CONVICTION (DRAMA) -- 3
DOUBT (DRAMA) -- 3.5
BURLESQUE (DRAMA-M) -- 3.5
SLEEPY HOLLOW (GANAS/THRILLER) -- 3

MAC 2011
------------
SOUL TO TAKE (THRILLER) -- 3
JULIA & JULIE (DRAMA) -- 2.5
THE MECHANIC (AKSI) -- 3
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (AKSI-RAW) -- 3.5
RANGO (ANIMASI) -- 3
WORLD INVASION : BATTLE LA (AKSI-CGI) --- 4
THE GRAVEYARD --- 2.5

ZOMBIE SERIES: (Thriller/Ganas)
NIGHT OF THE LIVING DEAD [hitamputih] ---  3
DAWN OF THE DEAD [supermarket] --- 1.5
DAY OF THE DEAD [gua] --- 3.5
RETURN OF LIVING DEAD 1 [paramedic] --- 3.5
RETURN OF LIVING DEAD 2 [budak2/hosp] --- 3
RETURN OF LIVING DEAD 3 [ujikaji/tentera] --- 3
RETURN OF LIVING DEAD 4 [necropolis] --- 3
RETURN OF LIVING DEAD 5 [makan pil] -- 3

POLTERGEIST 1 (SERAM) --- 3
POLTERGEIST 2 (SERAM) --- 2.5
CREEPSHOW 1 (SERAM) --- 3.5
CREEPSHOW 2 (SERAM ) --- 3
CREEPSHOW 3 (SERAM) --- 1.5
...DALAM BOTOL (DRAMA) --- 3.8
SUCKER PUNCH (AKSI/PERANG-CGI) --- 3
3 CINTA 3 DOA (DRAMA-INDONESIA) ---3

APRIL
--------
MONSTERS (DRAMA) -- 2.5 *walaupun ada alien, lebih kpd drama
DILARANG MASUK (DRAMA) -- 3
RIO (ANIMASI ) --- 3.5
I SPIT ON YOUR GRAVE (THRILLER/GANAS) --- 3.5
THE RESIDENT (DRAMA PHYSCO) -- 3
SCREW LOOSE (KOMEDI) --- 3.5
SERU (SERAM) --- 4
WATER FOR ELEPHANT (DRAMA ) --- 3
THE TORTURED (GANAS/THRILLER) --- 3


MEI 2011
-----------
RED RIDING HOOD (DRAMA) --- 3.5
THE PRIEST (AKSI/PERANG-CGI) --- 3.5
THOR (AKSI/PERANG-CGI) --- 3.8
PAUL (KOMEDI) --- 3
FAST & FURIOUS 5 (AKSI/PERANG-RAW) --- 4
NUR KASIH (ADRAMA) --- 3




Banyak yg aku ratingkan 3 ke atas yerrr.. ermmm mungkin sbb aku memilih sgt. Filem2 yg aku rejek awal2 takkan aku tonton semata2 nak tulis bad review kecuali aku tertengok dan 'terkena' hahaha. Mana2 yang aku tonton tak menaikkan nafsu aku dan tengok separuh jalan, aku tak tulis sebagai filem yg aku tonton (rata-rata rating 2 ke bawah).

Festival PerangFilem 2010

Pada tahun 2010, aku telah perbaiki kategori filem yang aku tonton. Lebih 90+ filem yang aku tonton pada tahun ini cuma mana2 yang aku tekan butang 'foward' tu aku tak kira sebab bosan gila! Jadi tak adillahkan untuk dikira sebagai filem yang aku tonton dan 'diadili'. hehe. Kategori 'Award' pun bertambah tapi takdelah Award2 teknikal seperti suntingan, skor muzik etc. sebab aku bukan pandai sangat bab2 tu pun. Mana2 yang TERBAIK itu adalah yang terbaik bagi aku. Berikut adalah filem-filem yang aku tonton tanpa mengira tahun bila ia diterbitkan.


BOLD - Senaraipendek bagi Pemenang Kategori/ Pemenang 
(WINNER) - Pemenang bagi kategori utama
#Kurang faham/ complicated


1|DRAMA

THE IMAGINARIUM OF DOCTOR PARNASSUS
CARRIERS
THE FORGOTTEN
THE BLIND SIDE
KETIKA CINTA BERTASBIH (Indonesia)
KETIKA CINTA BERTASBIH 2 (Indonesia)
TRIANGLE
MAGIKA (Malaysia)
HACHIKO
ESTET (Malaysia)
#THE SOCIAL NETWORK
GRANDE ECOLE (France)
COCO CHANEL
#THE WHITE RIBBON (German)
2 ALAM (Malaysia)
FROZEN FLOWER (Korea)
THE NEXT THREE DAYS
JERMAL (Indonesia)
THE ATONEMENT
Y TU MAMA TAMBIEN (Mexico)
A SINGLE MAN
SEPTEMBER ISSUE
THE AMERICAN DREAMZ
THE TOWN
WINTER'S BONE
#AJAMI (Arab)
NO COUNTRY FOR OLD MEN
A FORK IN THE ROAD
#INGLOURIOUS BASTERD
A LOVE TO HIDE (France)
ATERSHOCK (China)
BURIED
THE LOVELY BONES
LASKAR PELANGI (Indonesia)
EYES WIDE OPEN (Israel)
THE FOURTH KIND
AKU TAK BODOH (Malaysia+Singapore)
HEIRAN (Iran)
THE KIDS ARE ALLRIGHT
RABBIT HOLE
BROTHERS
LE GRANDE VOYAGE (France)

2|THRILLER/GANAS

THE HITCHER
CHILDREN OF CORN
THE CRAZIES
PREDATOR 2010
THE DESCENT
IRREVERSIBLE (France)
THE STRANGERS
KILL BILL (WINNER)
KILL BILL 2
THE DESCENT 2
PIRANHA 2010

3|AKSI/PERANG

CGI

THE WOLFMAN 2010
PERCY JACKSON & THE LIGHTNING THIEF
CLASH OF TITANS
IRON MAN 2
#INCEPTION
HARRY PORTER 2010
GULLIVER'S TRAVEL
SKYLINE
LEGION
PRINCE OF PERSIA (WINNER)

RAW

#SHERLOCK HOLMES
ROBIN HOOD
KNIGHT & DAY
BELUKAR (Malaysia)
THE EXPANDEBLES
UNSTOPABLE
MERANTAU (Indonesia)
#HURT LOCKER
REIGN OF ASSASINS (China)
SALT (WINNER)
BLOOD DIAMONDS

4|SERAM

#LET THE RIGHT ONE IN
PARANORMAL ACTIVITY
THE CRADLE
#THE ORPHANAGE
DEVIL (LIFT)
4 DEATH PLACE (Thai)
HAUNTED CHANGI (Singapore)
JANIN (Malaysia)
DEAD END
CASE 39 (WINNER)
MANTRA (Malaysia)

5|KOMEDI

ADNAN SEMPIT (Malaysia)
UNDERDOG
ANDARTU TERLAMPAU (Malaysia)
YOU AGAIN
HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH (Malaysia) (WINNER)
DUE DATE

 6|ANIMASI

TOY STORY 3 (WINNER)
DESPICABLE ME
RAPUNZEL

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

7|PELAKON WANITA PILIHAN

RENEE ZELLWEGER (CASE 39)
MILLA JOVOVICH (THE FOURT KIND)
NICOLE KIDMAN (RABBIT HOLE)
ANNETE BENING (THE KIDS ARE ALLRIGHT)
JINGCHU ZHANG (AFTERSHOCK)

8|PELAKON LELAKI PILIHAN

MOHAMED MAJD (LE GRAND VOYAGE)
TOBEY MAGUIRE (BROTHERS)
ZOHAR SHTRAUSS (EYES WIDE OPEN)
JEREMIE RENIER (A LOVE TO HIDE)
AARON ECHKART (RABBIT HOLE)

9|LAKONLAYAR PILIHAN

THE LOVELY BONES
AFTERSHOCK
THE FOURTH KIND
THE KIDS ARE ALLRIGHT
A LOVE TO HIDE

10|SINEMATOGRAFI PILIHAN

LASKAR PELANGI
THE LOVELY BONES
AFTERSHOCK
FROZEN FLOWER
LE GRAND VOYAGE

11|BUSANA PILIHAN

COCO CHANEL
THE WHITE RIBBON
AFTERSHOCK
THE ATONEMENT
A LOVE TO HIDE

12|CERITA PILIHAN

CASE 39 (seram)
AFTERSHOCK (drama.China)
A LOVE TO HIDE (drama.France)
THE FOURTH KIND(drama)
LE GRAND VOYAGE (France)
THE KIDS ARE ALLRIGHT (drama)

13|PENGARAH PILIHAN

CHRISTIAN FAURE - A LOVE TO HIDE
ISMAEL FERROUKHI - LE GRAND VOYAGE
LISA CHOLODENKO - THE KIDS ARE ALLRIGHT
OLATUNDE OSUNSANMI - THE FOURTH KIND
FENG XIAOGANG - AFTERSHOCK

14|FILEM MALAYSIA PILIHAN 2010

ESTET
2 ALAM
BELUKAR
ADNAN SEMPIT
ANDARTU TERLAMPAU
JANIN
MAGIKA (WINNER)
*AKU TAK BODOH (S'pore)
MANTRA
HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH

15|FILEM TERBAIK 2010

1. THE KIDS ARE ALLRIGHT
2. THE FOURTH KIND - WINNER
3. AFTERSHOCK
4. LE GRAND VOYAGE
5. A LOVE TO HIDE
6. EYES WIDE OPEN
7. THE LOVELY BONES
8. LASKAR PELANGI
9. CASE 39
10. TOY STORY 3


16| SPECIAL MENTION

HACHIKO
THE BLIND SIDE

Festival PerangFilem 2009

Filem YANG DI TONTON pada 2009 (80+ filem) tanpa mengira tahun bila diterbitkan. Award ini ikut suka saja melalui pandangan dan minat.


FILEM DRAMA TERBAIK

SHORTLISTED :

THE CHANGELING
THE READER
TALENTIME
DEPARTURES (OSCAR Best Foreign film 2009 - Japan)
MUALLAF
OBSESSED
PISAU CUKUR
SLUMDOG MILLIONAIRE
FIKSI (Filem Terbaik Indonesia 2009)

THE WINNER :

1. THE CHANGELING
2. THE READER
3. TALENTIME


FILEM AKSI TERBAIK

SHORTLISTED :

TAKEN
TERMINATOR SALVATION
TRANSFORMERS
THE TAKING OF PELHAM 123
DISTRICT 9
G.I JOE
AVATAR

THE WINNER :

1. AVATAR
2. DISTRICT 9
3. TRANSFORMERS


FILEM HORROR/GANAS/THRILLER TERBAIK

SHORLISTED :

SAW 5 (Thriller)
THE HILLS HAVE EYES I
EDEN LAKE
HOSTEL I
HOSTEL II
FEAST I
MY BLOODY VALENTINE
WRONG TURN I & II
THE LAST HOUSE ON THE LEFT
PHOBIA 2
THE RUINS

THE WINNER :

1. HOSTEL I
2. PHOBIA 2
3. THE LAST HOUSE ON THE LEFT
4. MY BLOODY VALENTINE
5. THE RUINS


PENGARAH TERBAIK

JAMES CAMERON - AVATAR


CALON FILEM TERBAIK

THE CHANGELING
THE READER
AVATAR
DISTRICT 9


FILEM TERBAIK 2009

AVATAR


SPECIAL MENTION [JURY AWARD]

MUALLAF
DEPARTURES