Sunday 22 May 2011

Filem Teramat Box Office Malaysia 2009 hingga kini dan kesimpulan!

Sejak kebelakangan ini industri perfilemen negara kita semakin rancak dgn kemunculan2 filem2 Malaysia/Melayu di pawagam. Semestinya ada filem yg tak menjadi, filem yang setakat bole laa atau balik un tung, dan filem yg meletup. Hasil semakan aku dari 2009 sehingga kini (terbaru Kongsi) di laman web Finas, filem2 Malaysia berikut mmg mencanak dari segi kutipan RM 7 juta - RM 8 juta. Ya, aku cuma kira 7-8 juta je.. 6 juta dah tak main la.....hehe.

Adnan Sempit (2009)


Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)


Khurafat (2011)


Ngangkung (2010)


Kongsi (2011)


Dari 5 filem kat atas ni, 3 filem saja, duit aku turut menyumbang dalam kutipan box office tu utk filem Adnan Sempit, Khurafat dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Aku menontonnya di pawagam. Dan aku menyesal tengok Adnan Sempit. Oleh kerana sejak 2009, barulah filem Malaysia mencatat kutipan filem setinggi itu (RM 7 juta....) aku pun terujalah nak tgk apa bestnya filem Adnan Sempit ni. Tapi rupa-rupanya tah apa2..
hampeh je. Macam ni jenaka yang kelakar? Tapi kenapa ramai sgt penonton suka tgk filem macam ni ya? Aku pun tak faham. Akhirnya, aku pun hormatlaaaa taste2 mereka nie...................................... Memang rakyat Malaysia suka tgk filem2 ringan (sebenarnya dah tau dari dulu). Sebab itu, dua lagi filem Saheizy Sam di atas ; Ngangkung dan Kongsi aku tak bernafsu nak tgk pun. Memang Saheizy Sam fenomena skrg ni. Dan terpikir jugak aku, rakyat Malaysia ni dah ramai yg pegi menonton wayang mungkin sebab EKONOMI mereka yg bertambah baik dan PANGGUNG WAYANG dah banyak sekarang ni. Apa taknya gaji "Jaga" pun minimum dah RM 1000 ke atas.

Antara 5 di atas, jika orang luar nak tahu filem2 Malaysia yg teramat box office dan sekurang-kurangnya tak malu kita nak bagitau ialah :

1. Khurafat (pertama kali tgk filem Syamsul di pawagam)
2. Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Aku mmg tak adil di sini sbb tak semua aku tengok. Sukatilah kan.. Apa2 pun mentaliti rakyat Malaysia sedari dulu hingga kini belum berubah dan tak tahu bila akan berubah..... Walau bagaimanapun, duit2 penonton mereka merancakkan lagi industri perfileman dan memberi rezeki kpd pelakon2 kita (statement selamat). Tapi apa salahnya kan, penerbit yang kaya mencuba setidak2nya SATU filem art atau filem yang sedikit bermaruah dalam lambakan filem2nya dalam erti kata menyumbang kepada maksud seni yang sebenar-benarnya......................
Itu harapan besar PerangFilem.

Thursday 19 May 2011

Nur Kasih : Sekadar OK


Kategori : Drama
Nur Kasih  The Movie adalah kesinambungan daripada  drama bersiri Nur Kasih. Sebab itulah kita tau betapa pentingnya THE MOVIE di situ. Di mana perbezaan ketara bila medium penceritaannya berbeza. Jika  gambar yg bergerak dan berbahasa itu terpancar di layar perak makan impak dan kesannya (mungkin) lebih besar dari medium kaca televisyen.
Sedihnya apabila ada nama filem kita sesenang je letak THE MOVIE padahal kita tak tahu asal usul filem tu? Tak faham! (Merujuk filem gadis2 cantik masuk hutan)
Aku memang tak follow drama bersirinya. Memang la gempak drama ni kan, katanya 19 juta org  yg menonton drama ni tapi taktau kenapa aku tak terikut dgn gelombang yg tercipta menerusi drama ini seperti mana aku turut lemas dlm gelombang TsuMawi dulu. Jadi, aku mengulaslah dari perspektif org yg tak tau apa2 pasal filem ni (hanya tau drama sikit2 saja dari penceritaan kwn2). Tapi bila aku tonton filem ini jgn khuatir kerana korang boleh paham walaupun tak tgk dramanya.
Ulasan aku yg tanpa sinopsis ini, apa yg aku dapat simpulkan adalah Nur Kasih ini adalah kisah melodrama, perlahan , biasa dan air mata dari kacamata aku. Hampir2 mencapai tahap bosan la jugak di sesetengah adegan. Kisah2 sedih dan malang yang menimpa pasangan suami isteri Aidil (Remy Ishak) dan  Nur Aminah (Tiz Zaqyah) yg tunduk dgn takdir tuhan, tidak sedikit pun menggoyahkan hubungan mereka. Aku tak rasa pula penggambaran di Jordan tu penting kalau ya pun nak menurut jalan cerita. Boleh saja nak mengubat hati lara Nur Aminah setelah keguguran kandungannya dgn melawat dalam Malaysia je. Mungkin sebab dramanya ada shooting kat negara2 Arab (kan?) so tak sah la filemnya tak buat benda yg sama yg membuatkan filem ini ‘bermaruah’ seperti dramanya. Tapi bagus gak tu kan filem Malaysia jarang shooting oversea gitu… tak la Nampak KLCC jer. Aku dapati juga mereka berada di dalam dunia mereka sendiri, di mana mereka ‘tak bercampur’ dgn penduduk kampung, walaupun kampung mereka di gambarkan dgn indah. Mungkin sbb penulis skrip mahu penonton menumpukan pada kisah mereka saja.
Satu scene saja yg aku suka di mana saat lagu tema Yasin (Bukan Tiz Zaqyah) tu kedengaran tatkala Adam menghulur/menyarung cincin ke jari Nur di dalam rumah gua tu. Sedikit saja lagi ‘rasa’ tu nak sampai. Memang ada scene2 yg meruntun antara Adam dan Nur tapi tak sampai ke ‘hati’ aku… mungkin sikit lagi...ceh hehe. Mcm mana dgn sinematografi filem ni yg diheboh2kan cantik tu? Bagi aku yg jahil ilmu filem ni, aku rasa biasa je kot. Kdg2 ada Nampak kartunnya semasa di padang pasir tu. Adegan keretapi meletup jgn ceritalah… kartun sgt. Mungkin scene tembak menembak di pasar dan cermin keretapi  pecah tu boleh dipuji yg dilakukan dgn teknik slow motion.
Entah mcm mana aku rasakan filem ini Nampak mudah berbanding drama (yg aku sedarlah..). Lagi satu aku nak komplen pasal filem melayu ni, takde org lain ke selain Dato’ Rahim Razali? Kalau pelakon veteren je Dato' Rahim. Nasib baik Dato' Jalaluddin Hassan hanya 'gambar' saja. Bosan aiih.. Soundtrack2 filem ni pun aku rasa biasa je kecuali aku memang suka lagu tema versi Yasin seorang.
Dan yang nyata sekali pengakhiran filem ni sangat “The Notebook” di mana sang isteri yang telah meningkat umur (Nur – Afida Es) seakan hilang ingatan (mungkin kerana terlalu taksub kasih sayang suami lantas tak boleh menerima kehilangan Adam) hingga tidak kenal orang sekeliling lalu ada seseorang yg menceritakan kisah2 lampau dan cuba mengembalikan ingatannya semula. Aku taknak bandingkan filem ni dgn filem ‘Islamik’ lain kerana filem ini walaupun  mengangkat nilai2 murni dalam Islam tetapi ianya sangat mudah dan tidak berat utk penonton menikmatinya. Sebenarnya filem ni bukan Islamik sangat pun tapi lebih kepada cinta.
3 bintang.
p/s : Nur semasa tuanya dah takde tahi lalat di bibir erk? Dan semakin tua semakin nipis bibirnya hehe..

Friday 13 May 2011

Penantian Mei

Ermm apa dalam fikiran aku dalam bulan Mei ini ya?

Kongsi - setelah baca review dan komen2 yg telah menonton kata filem ini mengecewakan. Ini bukan pilihan aku pun. Kata blog Beautiful Nara, filem ni tiada jalan cerita, hanya aksi2 gaduh saja. Komen2 penonton pulak kata mmg Sahezeiy Sam aje penarik filem ini. Adegan2 aksi pun boleh dipuji. Tapi totally mengecewakan kata mereka dan mereka menambah Shamsul Yusoff lebih bagus direct dari Farid Kamil.

Fast & Furiuos 5 - Ramai kata best! Aku tak sempat nak buat marathon kelmarin (Priest, Thor, Fast & Furious 5) sbb terkejar2 hari tu. Aku mengalami gangguang ketika tgk cerita Priest di panggung gara2 sms dan panggilan2(aku cuti hari tu) sial betol.. Thor - walaupun aku tak gemar cerita2 dari komik Marvel aku terpanggil utk menontonnya dan tak sia2 jugaklah aku tgk citer ni.. huhuhu.. F&F 5 im looking fwd...walaupun aku xsuka citer2 aksi kereta ni. Entah... terpanggil jugak sbb aku teringat filem TAKEN yg aku suka sangat tu... dan F&F ini mgkin siri pertama dr sekuel ini yg aku tonton.

Karak - Aah, tunggu saja review dari penonton2. Aku tak teruja sgt nak tgk filem ini, kecuali ada suara2 yg kata citer ni best! Mcm banyak hantu CGI jer..

Nurkasih - aku akan tgk filem ni walaupun aku tak tengok sgt drama bersirinya.... adakah ini filem jenis aku? Aku rasa tak sebab masa siri drama ini ke udara dulu, aku mcm xdpt feel dia. Mungkin aku x ikut dari awal atau mmg bukan naluri aku. Walau bgaimanapun mgkin akan tengok filem ni. Kononnya tak nak ketinggalan dgn hip/aura Nurkasih... hahaha

Insidious - Tak tau lagi....

Ini saja yg aku terpikir buat masa ni....

p/s : Terima kasihlah yang mengundi di poll tu (filem melayu setiap minggu dan' ...Dalam Botol' dulu). Tak sangka makin bertambah pulak undian (ada gak yg baca blog picisan ni...) :-)